Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Penang Bridge International Marathon 2014

Bismillahirrahmaanirrahim... Penang Bridge International Marathon (PBIM) telah diadakan pada 16 November 2014 (Ahad) yang lepas. Larian kali ni telah diadakan buat pertama kalinya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah (Jambatan Pulau Pinang Kedua). Penyertaan yang sangat menggalakkan iaitu kira-kira seramai 60 ribu orang dari dalam dan luar negara. Jambatan Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah Sebahagian daripada geng PG yang menyertai PBIM, gambar ni sejam sebelum peserta Full Marathon dilepaskan (1.30 pagi) Alhamdulillah...masing-masing berjaya menamatkan larian dengan penuh bergaya Aku tak join pun PBIM ni, tapi hanyalah sekadar memberi sokongan moral kat geng aku dari Penjejak Gunung (PG). Dalam pada tu, sempat juga aku ambik foto Jambatan pada waktu malam dan juga boleh la jadi jurufoto untuk diorang ni. Dik Nie (10K) Freida Yanie (10K) Tanglung Tango (10K) Rashid (10K) Yati (Half Marath

G5 - Kinabalu (Edisi 2.0)

Bismillahirrahmaanirrahim... TARIKH - 15 - 17 Januari 2014 / 13 - 15 Rabi'ul Awwal 1435H (Rabu - Jumaat) MASA - 8.30 pagi (15 Jan) - 5.00 ptg (17 Jan) PESERTA - 16 Orang (11 Lelaki dan 5 Perempuan) JARAK PENDAKIAN - 17 km (Mesilau - Laban Rata - Low's Peak - Timpohon) TEMPOH PENDAKIAN - 17 jam TEMPAT - Gunung Kinabalu, Sabah KETINGGIAN GUNUNG - 4,095.2M BEBAN  - 7 kg  POSISI - Penyapu Lidi (Mesilau ke Laban Rata dan Laban Rata ke Timpohon), Shooter (Laban Rata ke Low's Peak sahaja) KOS KESELURUHAN -  RM 1,300  (5 Hari dan 4 Malam) - Pakej Kinabalu + Kapal Terbang + Penginapan + Pengangkutan dan Makanan di KK LOG PERJALANAN 15 Januari 2014 / 13 Rabi'ul Awwal 1435H (Rabu) 08.30 pagi -  Berkumpul di Airport Penang 10.05 pagi -  Flight Air Asia bertolak ke KKIA 2 (Kota Kinabalu International Airport Terminal 2) 12.40 T/hari -  Tiba di KKIA (15 minit lebih awal drpd jangkaan) 01.30 ptg -  Menaiki bas ke Kinabalu Park yang dise